Saturday, May 22, 2021

SEKOLAH DAN PERSEKITARAN: HUBUNGAN SEKOLAH & IBU BAPA (PIBG)


KUMPULAN N
NAMA: NURFAEZIE BINTI SININ
NO. MATRIK: D20201094092 
PENSYARAH : PROF. DR AMIR HASAN BIN DAWI

PENGENALAN

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) Sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar. Sesi menerima dan memberi pengajaran berlaku ketika berada di sekolah. Sekolah merupakan satu institusi yang menjadi pusat perkongsian ilmu pengetahuan untuk tujuan pendidikan. Berdasarkan Akta Pendidikan, sekolah boleh ditakrifkan sebagai satu tempat di mana sepuluh atau lebih orang murid biasa diajar sama ada di dalam sebuah atau lebih bilik darjah tetapi tidak termasuk mana-mana tempat yang terhad kepada pelajaran Islam sahaja. 

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989) Persekitaran merujuk kepada keadaan sekeliling atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang seseorang atau sesuatu. Persekitaran sekolah dapat dikaitkan dengan suasana atau budaya sekolah dan masyarakat sekeliling berhampiran sekolah dari segi fizikal, sosial, perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Terdapat dua jenis persekitaran iaitu persekitaran fizikal dan persekitaran psikososial. Persekitaran fizikal melibatkan kemudahan yang disediakan oleh sekolah manakala persekitaran psikososial pula ialah keperluan emosi sesorang dengan interaksi sekelilingnya.

Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan satu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi berlaku secara tiga dimensi dalam dan luar sekolah. Tiga interaksi ini melibatkan sekolah, ibu bapa dan komuniti dalam masyarakat sekeliling. Kaitan antara faktor luar sekolah dan dalam sekolah sangat berkait rapat. Contohnya dapat dilihat melalui kelas sosial, bangsa dan jantina boleh mempengaruhi corak pembelajaran dan pencapaian sahsiah murid di sekolah. 

HUBUNGAN ANTARA PIHAK SEKOLAH DENGAN PIHAK LUAR SEKOLAH (PIBG)

    Pengetua merupakan individu yang penting bagi membina hubungan yang baik dengan pihak luar sekolah. Guru-guru juga perlu memainkan peranan yang penting ke arah mengekalkan hubungan yang baik antara pihak pentadbir dan masyrakat. PIBG merupakan satu badan yang sah ditubuhkan sebagai penghubung di antara ibu bapa, guru, sekolah, masyarakat dan pelajar. Ibu bapa sebagai anggota utama dalam badan ini menjadi ‘role model’ iaitu contoh yang baik kepada anak anak atau pelajar.

    Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Tindakan PIBG seterusnya mempengaruhi semangat guru ketika bertugas agar lebih bersikap berdaya saing dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Hubungan yang mesra ini mampu mengatasi ketidakfahaman, tidak bersependapat dan isu prasangka antara ibu bapa dengan guru. Perbincangan mengenai perkembangan pelajar boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah untuk mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi Hal ini demikian kerana, komunikasi pelbagai hala penting bagi mencapai matlamat atau objektif yang sama. Oleh itu, kerjasama dari pelbagai pihak amat diperlukan. 

    Setiap pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza, sebarang kepakaran dan pengalaman anggota masyarakat amat dialukan kerana dapat membantu dari pelbagai segi terutamanya menimba pengalaman yang berbeza. Penglibatan yang aktif dalam PIBG menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar. Perasaan ambil berat, prihatin dan sentiasa mengikuti perkembangan mereka (pelajar) membuka minda, menarik minat untuk daya saing dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar. 

    Persatuan Ibu Bapa dan Guru di SM St Martin, Tambunan Sabah boleh dikatakan agak mencabar. Hal ini dikatakan demikian kerana, sekolah ini berada di luar bandar dimana tempat tersebut masih membangun dan berkembang. Masih ada golongan yang buta it terutamanya golongan warga emas. Wujudnya pandemik Covid-19 pada awalnya, persatuan ini mempunyai kesukaran untuk menghubungi ahli persatuan bagi melaksanakan aktiviti yang telah dijadualkan. Namun atas inisiatif kerajaan dan usaha semangat guru-guru kekangan ini dapat diatasi. Bantuan khas seperti telefon bimbit dan pelan internet amat membantu keluarga pelajar yang kurang mampu. Selain itu, rangkaian telekomunikasi juga dinaiktaraf bagi meningkatkan kadar ketersampaian maklumat. Guru-guru juga tidak lekang memberi dorongan dan sokongan yang tidak henti-henti kepada ahli persatuan dan pelajar untuk mahir tentang teknologi serta memberi peluang memahami kesulitan yang mereka alami. Begitu pentingnya komunikasi tiga hala mencapai objektif yang sama sebagai pendidik, ibu bapa dan pelajar. 

    Peranan dan tanggungjawab PIBG memberi kesan kepada perkembangan dan pencapaian sekolah dan seterusnya kepada pelajar. Pengurusan PIBG yang cekap dan berkesan akan melahirkan sekolah yang terbilang dan graduan yang berdaya saing pada masa depan. 


KESIMPULAN
Sekolah dan persekitaran sangat berkait rapat dan penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat. Persekitaran yang lengkap dari segi fizikal dan psikososial dapat meningkatkan minat pelajar untuk belajar dalam suasana yang kondusif dan selesa.


RUJUKAN

Ahmad, A. A., & Ambotang, A. S. B. (2020). Pengaruh kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual dan persekitaran keluarga terhadap stres akademik murid sekolah menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(5), 12-23. Diperolehi daripada https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/407

Hamid, Z. (2017). Faktor persekitaran sekolah dan etnik dalam perancangan dan pelaksanaan program pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia (School environmental and ethnic factors in the planning and implementation of Malay Language Education in Malaysia). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 10(5). Diperolehi daripada https://ejournal.ukm.my/gmjss/article/view/18654

Stapa, Z., Ismail, A. M., & Yusuf, N. (2012). Faktor persekitaran sosial dan hubungannya dengan pembentukan jati diri (Social environmental factors and their relation to identity formation). Jurnal Hadhari: An International Journal, 155-172. Diperolehi daripada https://ejournal.ukm.my/jhadhari/article/view/12342


No comments:

Post a Comment

SEKOLAH DAN PERSEKITARAN: HUBUNGAN SEKOLAH & IBU BAPA (PIBG)

KUMPULAN N NAMA: NURFAEZIE BINTI SININ NO. MATRIK: D20201094092  PENSYARAH : PROF. DR AMIR HASAN BIN DAWI PENGENALAN Kamus Dewan Edisi Ketig...